UnlockingADHD

Empowering ADHDers and their Families to Live Life to the Fullest

UnlockingADHD

Memperkasakan individu ADHD dan keluarga mereka demi kehidupan yang lebih bermakna

  • Melayu
    • English
    • 简体中文
    • Tamil


(Bahasa Inggeris)

  • Tentang Kami
  • ADHD 101
    • Apakah Itu ADHD?
    • Mitos Atau Fakta?
    • Siapakah yang perlu saya jumpa jika saya mengesyaki saya menghidapi ADHD?
  • Pengasuhan Anak ADHD
    • Pengasuhan Anak Berkeperluan Khas
    • Menetapkan Rutin untuk Kanak-kanak dan Remaja
    • Menyokong Anak ADHD Saya Dengan Kasih Sayang
  • ADHD Dalam Orang Dewasa
    • ADHD Dalam Wanita Dewasa
    • Terapi dan Aktiviti untuk Pengurusan ADHD
    • Membongkar Kesan ADHD Pada Perkahwinan
  • Melibatkan diri
    • Sukarelawan bersama Unlocking ADHD
    • Menyumbang kepada Unlocking ADHD
    • Hubungi Kami
ADHD 101, Apakah itu ADHD?, Bimbingan ADHD

Apakah Itu ADHD?

ADHD 101, Apakah itu ADHD?, Bimbingan ADHD
Mac 23, 2022

Sumber: Stephanie Cheng

Bagaimanakah ADHD ditentukan dan apakah tanda-tanda yang sering terlepas dari pandangan kita? Penulis Unlocking ADHD, Stephanie Cheng, meneliti dengan mendalam lagi gejala-gejala yang dikaitkan dengan ADHD.

Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif adalah gangguan psikologi yang bercirikan keadaan hiperaktif yang berlebihan dan tingkah laku yang impulsif.

Pada mulanya, ADHD mungkin kelihatan sukar dan rumit untuk difahami, tetapi apabila anda mengetahui lebih lanjut tentang keadaan anda, anda akan mampu menguruskannya dengan lebih baik.

Kriteria DSM-5 untuk ADHD

Doctor klinik menggunakan Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, DSM-5) untuk mengenal pasti dan mendiagnosis gangguan kesihatan mental. 

Mengikut kriteria yang tercatat dalam manual tersebut, simptom bagi ADHD termasuk kesukaran memberi tumpuan, kelakuan terlampau aktif dan tindakan impulsif. 

Kurang tumpuan

Kenalpasti enam atau lebih simptom berikut untuk kanak-kanak dibawah 16 tahun, lima atau lebih untuk umur 17 tahun ke atas dan orang dewasa. Tanda-tanda juga perlu wujud sekurang-kurangnya selama enam bulan, sehingga mencapai tahap yang menjejas kehidupanan, dan tidak bersesuaian mengikut tahap perkembangan seseorang.

Gejala-gejala yang lazim dialami:

  • Kegagalan memberi tumpuan yang teliti dan sering membuat kesilapan akibat tidak berhati-hati
  • Permasalahan mengekalkan tumpuan pada aktiviti
  • Kesukaran mengikuti arahan, dan kegagalan menyelesaikan kerja yang diberikan
  • Menghadapi masalah mengatur tugasan dan aktiviti
  • Sering mengelak, tidak suka dan enggan melakukan perkara yang memerlukan banyak usaha mental dalam tempoh masa yang panjang
  • Kerap kehilangan barang keperluan untuk tugasan harian
  • Kerap terjejas perhatian hingga hilang tumpuan
  • Sering lupa dalam kehidupan seharian

Kelakuan Hiperaktif dan Impulsif

Kenalpasti enam atau lebih gejala untuk kanak-kanak dibawah 16 tahun, lima atau lebih untuk remaja berumur 17 tahun ke atas dan orang dewasa. Tanda-tanda juga perlu wujud sekurang-kurangnya enam bulan, sehingga mencapai tahap yang menjejas kehidupan, dan tidak bersesuaian mengikut tahap perkembangan seseorang. 

Gejala-gejala yang lazim dialami:

  • Kerap menggelisah, menggerakkan tangan dan kaki, dan menggeliat
  • Berulang kali meninggalkan tempat duduk apabila dikehendaki duduk diam
  • Sering berjalan-jalan atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai
  • Selalunya tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti secara senyap
  • Kerap dalam pergerakkan seolah-olah dipandukan motor
  • Sering bercakap secara berlebihan
  • Mempunyai masalah menunggu giliran
  • Tidak dapat mengawal memberi jawapan sebelum soalan selesai dipertanyakan
  • Kerap mencelah percakapan atau mengganggu orang lain

Tanda-tanda yang kerap terlepas pandang

Len Adler, M.D., seorang penyelidik terkemuka mengenai ADHD yang dihadapi dikalangan golongan dewasa, dan seorang profesor psikiatri di Universiti New York, menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 75 peratus dikalangan mereka yang penghidap ADHD sememangnya tidak menyedari keadaan mereka. Kekurangan pengetahuan sering menyebabkan ramai yang masih tidak dirawat.

Apakah tanda-tanda yang sering diabaikan dan jika dikenalpasti, membolehkan individu-individu terlibat menerima bantuan yang mereka perlukan?

Gejala-gejala yang lazim terlepas pandang termasuk:

  • Pemasalahan tidak dapat tidur malam
  • Masa-masa rendah motivasi dan ketidakupayaan untuk membuat keputusan
  • Terlalu bersedia untuk tugasan
  • Pengurusan emosi yang lemah
  • Mudah terkesan terhadap penolakan dan kritikan

Jika anda percaya bahawa anda atau orang yang anda sayangi berkemungkinan menghidapi ADHD selepas membaca senarai gejala-gejala yang tertera, anda dinasihati mendapatkan diagnosis dari seorang yang bertauliah. Tidak pernah terlambat untuk mendapatkan bantuan! Tambahan pula, dengan rawatan pakar, para penghidap ADHD yang telah didiagnosis berupaya mengawal gejala-gejala yang mereka alami, secara beransur-ansur. Hasilnya, mereka berjaya menangani beberapa kesulitan yang menjejas kehidupan seharian mereka. Dengan usaha yang wajar, seseorang boleh mengharungi perjalanan ADHD mereka dengan sihat dan mencapai potensi sebenar mereka!

*PENAFIAN: Maklumat ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan merupakan nasihat perubatan. Sekiranya anda mengesyaki anda berkemungkinan menghidapi ADHD, dapatkanlah nasihat daripada pakar / ahli penjagaan kesihatan terlatih dan kemukakan kepada mereka, sebarang persoalan mengenai keadaan anda.

Anda juga akan sukai

Siapakah yang perlu saya jumpa jika saya mengesyaki saya menghidapi ADHD? Mitos Atau Fakta?

Unlocking ADHD

SUMBER RUJUKAN

  • Tentang Kami
  • ADHD 101
  • Sukarelawan bersama Unlocking ADHD
  • Menyumbang kepada Unlocking ADHD
  • Hubungi Kami
  • Kumpulan sokongan (bermediumkan Bahasa Inggeris)

IKUTI KAMI


(Bahasa Inggeris)

Hak Cipta © 2023 · Unlocking ADHD Ltd. Hak cipta terpelihara.
Unlocking ADHD Ltd tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan. Maklumat di laman web ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja.

We use cookies on our website to give you the most relevant experience by remembering your preferences and repeat visits. By clicking “Accept All”, you consent to the use of ALL the cookies. However, you may visit "Cookie Settings" to provide a controlled consent.
Cookie SettingsAccept All
Manage consent

Privacy Overview

This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may affect your browsing experience.
SAVE & ACCEPT
  • English
  • 简体中文
  • Tamil