UnlockingADHD

Empowering ADHDers and their Families to Live Life to the Fullest

UnlockingADHD

Memperkasakan individu ADHD dan keluarga mereka demi kehidupan yang lebih bermakna

  • Melayu
    • English
    • 简体中文
    • Tamil


(Bahasa Inggeris)

  • Tentang Kami
  • ADHD 101
    • Apakah Itu ADHD?
    • Mitos Atau Fakta?
    • Siapakah yang perlu saya jumpa jika saya mengesyaki saya menghidapi ADHD?
  • Pengasuhan Anak ADHD
    • Pengasuhan Anak Berkeperluan Khas
    • Menetapkan Rutin untuk Kanak-kanak dan Remaja
    • Menyokong Anak ADHD Saya Dengan Kasih Sayang
  • ADHD Dalam Orang Dewasa
    • ADHD Dalam Wanita Dewasa
    • Terapi dan Aktiviti untuk Pengurusan ADHD
    • Membongkar Kesan ADHD Pada Perkahwinan
  • Melibatkan diri
    • Sukarelawan bersama Unlocking ADHD
    • Menyumbang kepada Unlocking ADHD
    • Hubungi Kami
ADHD 101, Diagnosis dan Pernilaian

Siapakah yang perlu saya jumpa jika saya mengesyaki saya menghidapi ADHD?

ADHD 101, Diagnosis dan Pernilaian
Mac 23, 2022

Penulis Unlocking ADHD, Lilian Hoe, berkongsi faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan untuk mendapatkan penilaian ADHD. Artikel ini diterjemahkan oleh Jannah Ahmad. 

Anda telah membaca mengenai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif, mahupun sudah sedia maklum tentang gejala-gejala yang ada pada anak rakan anda yang dikesan mempunyai ADHD. Simptom-simptom yang anda baca itu kelihatan sama seperti apa yang anda alami atau perhatikan pada anak anda sendiri.

Dalam keadaan sedemikian, kita mudah cenderung membuat sangkaan yang kurang tepat mengenai diri kita dan terperangkap dalam pemikiran “confirmation bias.” Ini terjadi apabila kita sekadar mengumpul bukti-bukti yang mengesahkan jangkaan sedia ada. Untuk mengelak berlakunya perkara ini, senaraikan petanda-petanda yang membuat anda mengesyaki anda mempunyai ADHD. Senarai ini sangat berguna apabila hendak dikongsi kelak bersama pakar-pakar yang anda rujuk untuk mendapatkan pengesahan.

Secara amnya, terdapat dua laluan utama untuk mendapatkan penilaian dan diagnosis di Singapura – laluan bersubsidi di hospital-hospital awam atau laluan klinik-klinik swasta. Kedua-duanya memerlukan pertimbangan yang berbeza.

Hospital Awam

pakar psikiatri? ahli psikologi?

bagaimana mendapatkan konsultasi perubatan

HOSPITAL AWAM

  • Pergi ke poliklinik berdekatan untuk pemeriksaan awal
  • Bersama-sama dengan doktor anda, tentukan sama anda wajar berjumpa dengan pakar psikiatri atau ahli psikologi
  • Rujukan ke hospital akan dibuat oleh pihak doktor

Kelebihan

  • Kos rawatan yang lebih rendah

Kelemahan  

  • Masa menunggu yang lebih lama

Bagi warga Singapura yang ingin memanfaatkan subsidi pemerintah untuk perubatan pakar sebagai pesakit luar, anda boleh pergi ke poliklinik berdekatan untuk mendapat rujukan ke hospital. Pakar perubatan keluarga yang berpangkalan di National University Health System (NUHS), National Healthcare Group (NHG) atau SingHealth juga boleh merujukkan anda kepada pakar psikiatri di klinik-klinik pakar bagi pesakit luar (Specialist Outpatient Clinics, SOC) bagi penilaian pada kadar bersubsidi. Namun, proses mendapatkan temujanji ini boleh mengambil masa beberapa minggu.

Kelebihan:

  • Yuran yang berpatutan – Yuran perubatan di poliklinik untuk rundingan bersama doktor keluarga biasanya kurang dari $20. Jika dirujuk kepada SOC untuk temujanji bersama pakar psikiatri atau ahli psikologi, yuran perundingan bersubsidi dalam jangkaan $45.
  • Bagi mereka yang lebih cenderung untuk dinilai oleh pakar psikiatri pilihan mereka di SOC tanpa menunggu terlalu lama, mereka boleh berbuat demikian dengan mendaftar sebagai pesakit persendirian (private patient). Yuran perundingan tidak akan disubsidi, dan kos ini dianggarkan sebanyak $150. Secara umumnya, harga ini lebih rendah berbandingkan kos bayaran yang dikenakan di klinik swasta.
  • Kos perubatan yang berpatutan – Subsidi pemerintah boleh dimanfaatkan untuk membuat bayaran terhadap beberapa perubatan ADHD yang ditetapkan seperti Ritalin (lakonan pendek) dan Medikinet.
  • Akses kepada kumpulan pakar yang komprehensif (seperti pakar psikiatri, ahli psikologi, ahli terapi pekerjaan dan pakar-pakar ahli berkaitan) yang bekerjasama untuk menguruskan pesakit-pesakit ADHD   

Kelemahan:

  • Masa menunggu yang lebih lama untuk bertemu pakar psikiatri – Tempoh menunggu adalah beberapa minggu hingga beberapa bulan. Laluan ini tidak sesuai untuk mereka yang memerlukan huraian diagnosis dan rawatan secepat mungkin
  • Pesakit bersubsidi tidak dapat membuat pemilihan pakar psikiatri yang mereka kehendaki.
  • Jumlah pesakit yang tinggi yang dirawat di hospital awam juga mengehadkan peruntukan masa rundingan buat setiap pesakit.
  • Jenis perubatan yang ditawarkan kepada pesakit di farmasi hospital-hospital awam adalah terhad. Contohnya, perubatan bukan perangsang (non-stimulant medication) mungkin tidak tersedia untuk ditentukan dalam preskripsi pesakit

Klinik Swasta 

pakar psikiatri? ahli psikologi?

bagaimana mendapatkan konsultasi perubatan

HOSPITAL SWASTA

  • Dapatkan temujanji perundingan dengan menelefon hospital atau klinik

Kelebihan

  • Masa menunggu yang lebih singkat
  • Kemudahan dalam mengatur jadual temujanji

Kelemahan  

  • Kos rawatan yang lebih tinggi

Terdapat ramai pakar kesihatan mental yang merupakan pengamal perubatan di klinik swasta. Oleh itu, cara terpantas untuk mendapatkan penilaian adalah dengan berunding langsung dengan ahli psikologi atau psikiatri di klinik swasta.

Kelebihan:

  • ·Masa menunggu untuk mendapatkan temujanji yang lebih singkat 
  • Pilihan untuk berjumpa pakar psikologi pada peringkat utama (di hospital awam, anda akan ditemui dan dinilai oleh pakar psikiatri terlebih dahulu)
  • Proses rawatan yang lebih diperibadikan – Kerana jumlah pesakit yang lebih rendah di klinik swasta, pakar perubatan boleh meluangkan masa yang lebih untuk berunding dengan setiap pesakit
  • Jenis perubatan yang lebih luas, melingkungi kedua-dua golongan perubatan – perangsang (stimulant) dan bukan perangsang (non-stimulant) – boleh ditentukan oleh pakar perubatan

Kelemahan: 

  • Kos bayaran di klinik swasta biasanya lebih tinggi dari hospital awam. Bagi sesetengah orang, ini menjadi penghalang untuk mendapat huraian diagnosis dan rawatan. Kadar yuran perubatan bermula dari harga minimum sebanyak $180 sejam untuk ahli psikologi, dan $250 untuk pakar psikiatri.
  • Harga perubatan di klinik swasta juga lebih tinggi. Memandangkan penggunaan ubat-ubatan ini boleh mengambil jangka masa yang panjang, ini menambah kos rawatan keseluruhannya

Ketersediaan klinik swasta dan ahli perubatan yang amat banyak di sektor swasta boleh mengelirukan proses pemilihan.

Dalam membuat pilihan antara ingin berjumpa dengan pakar kesihatan mental di hospital awam atau di klinik swasta, ia bergantung pada kesegeraan yang diperlukan untuk mendapatkan diagnosis, keupayaan kewangan seseorang, dan sama ada jenis kepakaran yang diperlukan berpangkalan di sektor swasta atau awam.

Untuk dapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai hal-hal bersangkutan dengan diagnosis dan pengurusan ADHD, anda juga boleh menonton rakaman-rakaman webinar sempena Bulan Kesedaran ADHD yang kami cadangkan di bawah:

Anda juga akan sukai

Menyokong Anak ADHD Saya Dengan Kasih Sayang Apakah Itu ADHD? Mitos Atau Fakta?

Unlocking ADHD

SUMBER RUJUKAN

  • Tentang Kami
  • ADHD 101
  • Sukarelawan bersama Unlocking ADHD
  • Menyumbang kepada Unlocking ADHD
  • Hubungi Kami
  • Kumpulan sokongan (bermediumkan Bahasa Inggeris)

IKUTI KAMI


(Bahasa Inggeris)

Hak Cipta © 2023 · Unlocking ADHD Ltd. Hak cipta terpelihara.
Unlocking ADHD Ltd tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan. Maklumat di laman web ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja.

We use cookies on our website to give you the most relevant experience by remembering your preferences and repeat visits. By clicking “Accept All”, you consent to the use of ALL the cookies. However, you may visit "Cookie Settings" to provide a controlled consent.
Cookie SettingsAccept All
Manage consent

Privacy Overview

This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may affect your browsing experience.
SAVE & ACCEPT
  • English
  • 简体中文
  • Tamil