UnlockingADHD

Empowering ADHDers and their Families to Live Life to the Fullest

UnlockingADHD

Memperkasakan individu ADHD dan keluarga mereka demi kehidupan yang lebih bermakna

  • Melayu
    • English
    • 简体中文
    • Tamil


(Bahasa Inggeris)

  • Tentang Kami
  • ADHD 101
    • Apakah Itu ADHD?
    • Mitos Atau Fakta?
    • Siapakah yang perlu saya jumpa jika saya mengesyaki saya menghidapi ADHD?
  • Pengasuhan Anak ADHD
    • Pengasuhan Anak Berkeperluan Khas
    • Menetapkan Rutin untuk Kanak-kanak dan Remaja
    • Menyokong Anak ADHD Saya Dengan Kasih Sayang
  • ADHD Dalam Orang Dewasa
    • ADHD Dalam Wanita Dewasa
    • Terapi dan Aktiviti untuk Pengurusan ADHD
    • Membongkar Kesan ADHD Pada Perkahwinan
  • Melibatkan diri
    • Sukarelawan bersama Unlocking ADHD
    • Menyumbang kepada Unlocking ADHD
    • Hubungi Kami
ADHD Dalam Orang Dewasa

Terapi dan Aktiviti untuk Pengurusan ADHD

ADHD Dalam Orang Dewasa
Mac 8, 2022

Penulis Unlocking ADHD, Tricia Lim, memperkenalkan beberapa terapi dan aktiviti sebagai pilihan dalam pengurusan gejala-gejala ADHD. Artikel ini diterjemahkan oleh Khairy Farhan.

Terapi Tingkah Laku 

Sumber: Slidesgo

Semasa kecil, pernahkah anda menerima pujian untuk tingkah laku yang baik? Atau masa bermain anda dikurangkan apabila anda melakukan kesalahan? Jika ya, anda sudah agak biasa dengan cara terapi tingkah laku (behavioural therapy) berfungsi.

Terapi tingkah laku pada asasnya memerlukan satu cara berstruktur untuk memberi ganjaran atas tingkah laku yang diingini dan memberikan akibat akan tingkah laku yang tidak diingini. Ia bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku yang disukai dan menghapuskan tingkah laku yang tidak membina.

Memetik keberkesanannya dalam meningkatkan tingkah laku, kawalan diri serta harga diri kanak-kanak, Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengesyorkan terapi tingkah laku dimulakan sebelum memulakan ubat untuk kanak-kanak di bawah enam tahun.

Kebanyakan klinik psikologi akan mempunyai ahli psikologi yang dilatih untuk menjalankan terapi tingkah laku dengan anak anda. Hospital dengan bahagian Perubatan Psikologi, seperti Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK, juga berkemungkinan boleh menyediakan terapi tingkah laku. Ibu bapa juga boleh menerima latihan dan menjalankan terapi tingkah taku sendiri.

Walaupun ia tidak menggantikan latihan yang sahih daripada ahli psikologi profesional, berikut adalah beberapa petua daripada majalah ADDitude untuk membantu anda bermula:

  • Mulakan dengan hanya satu hingga dua tingkah laku yang anda ingin galakkan atau hapuskan
  • Tetapkan jangkaan yang jelas dan realistik dan sampaikan kepada anak anda,
  • Bersikap konsisten dalam memberi ganjaran dan melaksanakan akibat
  • Berikan fokus lebih pada yang positif dan banyakkan bersabar

Terapi Pekerjaan (Occupational Therapy)

Kadangkala, bukan tingkah laku khusus yang perlu ditangani. Sebaliknya, menyelesaikan tugas harian mungkin menimbulkan sedikit kesukaran yang mana terapi pekerjaan boleh membantu.

Hospital seperti SGH dan pengamal psikologi swasta kebiasaannya menawarkan terapi okupasi.

Terapi Kognitif Perilaku (Cognitive Behavioural Therapy)

Sumber: Slidego

CBT berusaha untuk mengubah proses pemikiran negatif di sebalik tingkah laku yang tidak membantu untuk membetulkan tingkah laku tersebut.

Sebagai contoh, seseorang yang kerap diketepikan pada masa lalunya mungkin telah membina pemikiran bahawa dia tidak berkemampuan, menyebabkan seseorang itu enggan menghadapi cabaran. Dalam CBT, seorang klien dan ahli terapi akan bekerjasama untuk membetulkan pemikiran ini dan membolehkan klien tersebut mengambil tugas yang mencabar.

Beberapa kajian telah menunjukkan keberkesanan CBT dalam menangani gejala ADHD. Satu kajian telah melaporkan bahawa 63% daripada semua peserta mengalami peningkatan dalam pengurusan gejala ADHD selepas sembilan minggu sesi CBT secara individu.

Satu kajian neuroimaging yang lain telah menunjukkan perubahan positif yang sama dalam otak yang seringkali kelihatan selepas penggunaan ubat. Peserta juga kelihatan mengalami pengurangan dalam tahap keterukan gejala ADHD dan juga penambahbaikan dalam fungsi eksekutif, atau executive functioning.

CBT ditawarkan secara meluas oleh kedua-dua hospital dengan perkhidmatan psikologi dan juga klinik psikologi swasta.

Senaman

Sumber: Slidesgo

Selain meningkatkan tahap endorfin (yang membantu meningkatkan mood anda), senaman juga dapat meningkatkan tahap dopamin, norepinephrine dan serotonin. Kesemua hormon ini memainkan peranan dalam tumpuan dan perhatian seseorang.

Untuk menikmati faedah ini dengan lebih baik, anda boleh mencuba aktiviti yang memerlukan pergerakan yang sangat teknikal. Sebagai contoh, anda boleh melakukan seni mempertahankan diri, balet, rock climbing atau skateboarding. Mencapai keseimbangan, masa serta koordinasi yang terlibat semasa melakukan pergerakan kompleks tersebut dengan betul, mengaktifkan kawasan otak yang memudahkan fokus dan tumpuan yang kuat.

Penyelidikan mencadangkan bahawa 50 minit senaman aerobik sebanyak dua hingga tiga kali seminggu dapat menambah baik perhatian, hiperaktif, impulsif, kebimbangan, fungsi eksekutif dan fungsi sosial (social functioning). Satu sesi senaman seperti yoga selama 60 minit pada setiap minggu juga boleh menambah baik kebimbangan, hiperaktif, impulsif, serta masalah-masalah pertentangan (oppositional) dan sosial.

Alam Semula Jadi

Sumber: Slidesgo

“Luangkan lebih banyak masa bersama alam semula jadi” mungkin nasihat yang sering digunakan, namun ada kebenarannya.

Satu kajian menunjukkan bahawa kesukaran seperti memberi perhatian (inattention) seseorang berkurangan apabila persekitarannya “lebih hijau”, menyokong kepada idea bahawa meluangkan masa bersama alam semula jadi mungkin memberi manfaat kepada fungsi perhatian (attentional functioning). Maka luangkanlah sedikit masa pada hujung minggu ini dan terokai salah satu denai hijau di sekitar Singapura!

Kesimpulan

Ramai yang menganggap ubat sebagai tunjang utama mereka untuk rawatan, yang terbukti berkesan. Walau bagaimanapun, pelbagai pilihan lain juga selalunya untuk memperolehi pelengkap terhadap pengurusan simptom ADHD. Memandangkan sebahagian besar akan pilihan seperti senaman dan meluangkan masa bersama semula jadi adalah percuma (dan menyeronokkan), mengapa tidak mencuba?

Anda juga akan sukai

Menetapkan Rutin untuk Kanak-kanak dan Remaja ADHD Dalam Wanita Dewasa Membongkar Kesan ADHD Pada Perkahwinan

Unlocking ADHD

SUMBER RUJUKAN

  • Tentang Kami
  • ADHD 101
  • Sukarelawan bersama Unlocking ADHD
  • Menyumbang kepada Unlocking ADHD
  • Hubungi Kami
  • Kumpulan sokongan (bermediumkan Bahasa Inggeris)

IKUTI KAMI


(Bahasa Inggeris)

Hak Cipta © 2023 · Unlocking ADHD Ltd. Hak cipta terpelihara.
Unlocking ADHD Ltd tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan. Maklumat di laman web ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja.

We use cookies on our website to give you the most relevant experience by remembering your preferences and repeat visits. By clicking “Accept All”, you consent to the use of ALL the cookies. However, you may visit "Cookie Settings" to provide a controlled consent.
Cookie SettingsAccept All
Manage consent

Privacy Overview

This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may affect your browsing experience.
SAVE & ACCEPT
  • English
  • 简体中文
  • Tamil