UnlockingADHD

Empowering ADHDers and their Families to Live Life to the Fullest

UnlockingADHD

Memperkasakan individu ADHD dan keluarga mereka demi kehidupan yang lebih bermakna

  • Melayu


(Bahasa Inggeris)

  • Tentang Kami
  • ADHD 101
    • Apakah Itu ADHD?
    • Mitos Atau Fakta?
    • Siapakah yang perlu saya jumpa jika saya mengesyaki saya menghidapi ADHD?
  • Pengasuhan Anak ADHD
    • Pengasuhan Anak Berkeperluan Khas
    • Menetapkan Rutin untuk Kanak-kanak dan Remaja
    • Menyokong Anak ADHD Saya Dengan Kasih Sayang
  • ADHD Dalam Orang Dewasa
    • ADHD Dalam Wanita Dewasa
    • Terapi dan Aktiviti untuk Pengurusan ADHD
    • Membongkar Kesan ADHD Pada Perkahwinan
  • Melibatkan diri
    • Sukarelawan bersama Unlocking ADHD
    • Menyumbang kepada Unlocking ADHD
    • Hubungi Kami
Pengasuhan Anak ADHD

Pengasuhan Anak Berkeperluan Khas

Pengasuhan Anak ADHD
Mac 8, 2022

Sumber: Tahirah Mohamed

Pandangan seorang ibu dalam perjalanan mengasuh anak-anak yang berkeperluan khas

Tahirah Mohamed adalah ibu kepada sembilan orang anak, dimana tujuh darinya berkeperluan khas. Dua dari anaknya ditelaah rasmi menghidap Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif, iaitu singkatan pada ADHD.

Beliau melibatkan diri secara aktif didalam urusan anak berkeperluan khas sejak dari tahun 2008 dan mula menperdalami isu kesihatan mental pada tahun 2016. Pengasas pada sebuah kumpulan halaman media sosial di Facebook – “Understanding OCD SG”, serta bergiat aktif sebagai sukarelawati bersama kumpulan – “Unlocking ADHD”.

Pengasuhan anak diibaratkan seperti katil yang disulami dengan mawar berduri. Tersurat dengan keindahan namun berumpunkan kepayahan.

Ibubapa yang menjaga anak berkeperluan khas sering akan mengalami saat dan masa kegundahan. Ia akan berulang dan tidak menyenangkan. Adakalanya timbul penafian bila berhadapan dengan tanggapan dari setengah masyarakat yang masih kurang peka mengenai isu kesihatan mental.

Apakah perkara-perkara yang perlu ibubapa berkeperluan khas pelajari dalam mengekalkan kehidupan penjagaan yang berkualiti?  Sebanyak sepuluh petunjuk yang kita dapat manfaatkan bersama sekiranya diamalkan secara konsisten

1. Titik beratkan juga dalam kesejahteraan diri

Sebagai ibu bapa, disamping menunaikan tuntutan masa menjaga orang yang dikasihi. tidak seharusnya kita mengabaikan masa keperluan diri sendiri. Masa adalah anugerah dan hadiahkan diri kita juga dengan meluangkannya secara peribadi.

Secara nisbah, peruntukkanlah 5 minit khas buat penjagaan diri pada setiap 30 minit. Bererti ia mengimbangi tuntutan masa penjagaan diri kita dengan melakukan perkara yang disukai. Seperti melakukan senaman, membaca, mendengar musik dan sebagainya. Disamping masa, titik beratkan juga dalam urusan memilihan pemakanan yang sihat juga dalam penjagaan diri. Selain dari ahli keluarga dan juga saudara mara, jalinkan juga hubungan yang baik bersama sahabat handai.

Jangan sesekali abaikan kesejahteraan diri kerana istilahnya bukanlah untuk kepentingan diri; tetapi untuk lebih memperkasakan diri.

2. Dapatkan bantuan dan nasihat dalam keperluan harian kita

Pelbagai sumber seperti penyedia penjagaan kesihatan, perkhidmatan masyarakat dan nasihat peribadi (kaunseling). Sertakan teman-teman dan terutamanya; ahli keluarga diantara saluran bantuan kita.

Dapatkan bantuan terperinci dalam pengasuhan anak berkeperluan khas sebagai langkah usaha yang terbaik untuk anak kita. Secara langsung, ia juga dapat mempertingkatkan sumber bantuan kita didalam ruang keibubapaan.

Ambil prihatin mengenai fizikal dan mental diri supaya sentiasa dalam keadaan yang baik. Kenal pastikan tanda-tanda awal seperti bibir yang kering, degupan jantung yang laju, merasakan sensasi sejuk ketika berpeluh atau ‘cold sweat’, serta rasa bisa-bisa badan. Ini dapat mengelakkan rasa keresahan dan tekanan yang berpanjangan iaitu “burnout”.

3. Sertai kumpulan sokongan keibubapaan

Ia adalah saluran untuk berinteraksi dan berkongsi pendapat dan luahan rasa bersama ibubapa lain yang juga melalui pengalaman yang sama.  Dengan adanya sokongan secara berkumpulan, akan terhindar dari rasa terasing dan sedikit sebanyak memberi kelegaan pada jiwa dan minda.

4. Perkasakan diri dengan ilmu

Dengan ilmu, kita akan bersedia menangani apa yang telah ditelaah mengenai anak kita tanpa rasa bimbang. Pelajari peraturan dan pelbagai kaedah dalam pengasuhan anak dengan membaca buku-buku perihal keibubapaan. Daftarkan diri dalam kursus-kursus yang terdapat di internet, sekolah dan pusat masyarakat. Dengan perpandukan ilmu, ia juga dapat membantu kita membuat penilaian yang bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah serta meningkatkan rencana kefahaman kita mengenai cabaran-cabaran yang dilalui.

5. Bincang secara terbuka dengan pasangan mengenai anak kita

Pupuk sikap toleransi, hormat dan sangka baik apabila mendengar pandangan dari sebelah pihak. Beri dan minta penjelasan supaya tiada timbul salah sangka.

Dan luangkan masa khusus bersama pasangan kita. Ketahuilah bahawa sebelum kita bergelar ayah dan ibu, kita adalah sepasang suami isteri. Pasangan yang bahagia dan sejahtera, seluruh keluarga akan turut sama sejahtera.

6. Perkembangkan minda (Growth Mindset) kita

Ia adalah kunci kejayaan untuk perlengkapkan diri dalam menangani liku-liku kehidupan. Dengan berkembangnya minda, rasa sifat ingin tahu akan terpupuk dan kita pasti akan rasa seronok untuk menyahut apa jua cabaran dalam setiap keadaan. Diri akan lebih terangsang untuk menyelesaikan masalah dengan pelbagai cara untuk meraih hasil yang lebih baik.

7. Agama itu penting.

Dalam konteks keimanan dalam beragama, pandulah diri dengan sepenuh kepercayaan bahawa agama mengajar pada kebaikan dan kesabaran. Ada ganjaran pada setiap kesabaran. Usaha dengan sebaik-baiknya dan seterusnya bertawakal.

8. Jadilah seorang pengasuh keluarga yang efektif.

Uruskan secara praktikal dan realistik. Kerana urusan hal ehwal keluarga adalah seperti menguruskan sebuah institusi. Ia bukan urusan seorang diri. Seperti juga dalam pengasuhan rumahtangga walaupun sesempurna mana pandangan kita untuk mengasuh secara tersendiri.

Urus dan asuh secara berkumpulan supaya tertanamnya nilai semangat bekerjasama. Ia lebih berkesan daripada melakukan seorang diri. Setiap ahli keluarga menyumbangkan masa setelah selesai waktu pembelajaran sekolah atau tugasan luar. Sedikit sebanyak, ia dapat mengurangkan tekanan pada diri kita.

9. Bersuara secara terbuka

Bersuara secara terbuka agar bantuan dapat diterima dengan lebih khusus dan berkesan. Ini juga antara cara penyembuhan diri diatas rasa kehilangan dalam impian dan aspirasi yang pernah dicita-citakan buat anak kita sebelum mereka ditelaah rasmi sebagai anak berkeperluan khas.

10. Raikan anak kita!

Raikanlah walau sekecil mana pun pencapaian mereka. Berikan tumpuan pada apa yang mereka mampu lakukan. Terokai kekuatan dan bakat yang ada pada diri mereka. Terus berikan sokongan, bukan tekanan.

Pengasuhan anak berkeperluan khas sememangnya bukan jalan yang mudah tapi ini tidak bererti kita tidak mampu untuk mencapai sebuah keluarga yang bahagia dan sakinah.

Anda juga akan sukai

Menyokong Anak ADHD Saya Dengan Kasih Sayang Menetapkan Rutin untuk Kanak-kanak dan Remaja

Unlocking ADHD

SUMBER RUJUKAN

  • Tentang Kami
  • ADHD 101
  • Sukarelawan bersama Unlocking ADHD
  • Menyumbang kepada Unlocking ADHD
  • Hubungi Kami
  • Kumpulan sokongan (bermediumkan Bahasa Inggeris)

IKUTI KAMI


(Bahasa Inggeris)

Hak Cipta © 2023 · Unlocking ADHD Ltd. Hak cipta terpelihara.
Unlocking ADHD Ltd tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan. Maklumat di laman web ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja.

We use cookies on our website to give you the most relevant experience by remembering your preferences and repeat visits. By clicking “Accept All”, you consent to the use of ALL the cookies. However, you may visit "Cookie Settings" to provide a controlled consent.
Cookie SettingsAccept All
Manage consent

Privacy Overview

This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may affect your browsing experience.
SAVE & ACCEPT