UnlockingADHD

Empowering ADHDers and their Families to Live Life to the Fullest

UnlockingADHD

Memperkasakan individu ADHD dan keluarga mereka demi kehidupan yang lebih bermakna

  • Melayu


(Bahasa Inggeris)

  • Tentang Kami
  • ADHD 101
    • Apakah Itu ADHD?
    • Mitos Atau Fakta?
    • Siapakah yang perlu saya jumpa jika saya mengesyaki saya menghidapi ADHD?
  • Pengasuhan Anak ADHD
    • Pengasuhan Anak Berkeperluan Khas
    • Menetapkan Rutin untuk Kanak-kanak dan Remaja
    • Menyokong Anak ADHD Saya Dengan Kasih Sayang
  • ADHD Dalam Orang Dewasa
    • ADHD Dalam Wanita Dewasa
    • Terapi dan Aktiviti untuk Pengurusan ADHD
    • Membongkar Kesan ADHD Pada Perkahwinan
  • Melibatkan diri
    • Sukarelawan bersama Unlocking ADHD
    • Menyumbang kepada Unlocking ADHD
    • Hubungi Kami
Pengasuhan Anak ADHD

Menetapkan Rutin untuk Kanak-kanak dan Remaja

Pengasuhan Anak ADHD
Mac 8, 2022

Penulis Unlocking ADHD Constance Thum memeriksa bagaimana jadual yang tetap memberi kesan kepada kanak-kanak dan remaja ADHD. Artikel ini diterjemahkan oleh Jannah Ahmad.

Mengapakah kita harus menetapkan rutin?

Sumber: Panimoni pada ShutterStock

Rutin adalah sebahagian penting dalam kehidupan kita dan terdiri daripada aktiviti mudah seperti memberus gigi atau mandi, kepada tugas penting seperti menguruskan diri dan mematikan peralatan elektrik sebelum meninggalkan rumah. Rutin harian boleh membantu kanak-kanak dan remaja yang menghidap Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif menjadi lebih teratur dan produktif.

Bagi kanak-kanak dan remaja yang hiperaktif dan impulsif, menetapkan rutin adalah kunci untuk mengurus tingkah laku mereka dengan mengadakan susunan dan struktur. Rutin dan jadual harian yang konsisten mencipta persekitaran yang boleh diramalkan. Mempunyai rutin yang tetap membolehkan kanak-kanak dan remaja ADHD memberi tumpuan kepada satu aktiviti berulang kali sambil mengurangkan gangguan yang menarik perhatian mereka. Ini dapat menolong mereka untuk menggunakan masa dengan lebih bermanfaat. 

Satu lagi sebab untuk menetapkan rutin adalah untuk mewujudkan jangkaan dan peraturan yang jelas untuk diikuti. Dengan mengadakan rutin dan kegunaan jadual visual, ia dapat menolong mereka terus mengingati tentang apa yang mereka dijangka lakukan pada masa yang disediakan.

Sebagai contoh, mempunyai masa makan yang tetap akan memastikan bahawa kanak-kanak dan remaja ADHD tidak menunda waktu makan dan merupakan peringatan untuk keluarga mereka menyediakan makanan mereka. Kanak-kanak dan remaja ADHD mengalami kesukaran untuk berkembang maju dalam situasi yang tidak boleh diramal dan boleh menimbulkan perasaan bimbang. Oleh itu, rutin adalah penting dalam mewujudkan kestabilan dan menetapkan tanggungjawab untuk kanak-kanak ADHD, serta untuk penjaga mereka.

Ibu bapa dan penjaga juga boleh mengurangkan tekanan diri apabila mereka menetapkan rutin untuk kanak-kanak dan remaja ADHD. Hubungan kekeluargaan dan jati diri juga boleh dieratkan kerana setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing berdasarkan rutin yang dipersetujui.

Cara Menetapkan Rutin

Sumber: Alraun pada ShutterStock

Untuk menetapkan rutin yang berkesan, ahli keluarga harus mengingati untuk menetapkan peraturan dan jangkaan yang jelas dan sistematik untuk mengelakkan kanak-kanak dan remaja ADHD merasa runsing dengan maklumat dan tanggungjawab yang berlebihan.

Untuk ibu bapa menetapkan rutin, anda boleh mempertimbangkan seperti berikut: 

  1. Arahan khusus
  2. Tentukan keupayaan anak anda sebelum menetapkan rutin
  3. Bincangkan dengan anak anda tentang spesifikasi rutin dan jangkaan untuk mendapat penjelasan dan persetujuan bersama
  4. Bantuan visual untuk menggesa anak anda merujuk kepada jadual harian (contoh: melekatkan senarai rutin pada ruang yang boleh dilihat dengan senang, seperti ruang tamu atau bilik tidur)
  5. Jangkaan realistik 
  6. Memperuntukkan masa untuk aktiviti riadah dan masa peribadi

Guru juga harus menguatkuasakan rutin dengan peraturan yang jelas untuk kanak-kanak dan remaja ADHD, sambil mengambil kira kekuatan atau batasan individu. Ibu bapa, pendidik dan ahli profesional kesihatan harus membuat triangulasi maklum balas untuk mengubah suai strategi komunikasi dan penjagaan mereka apabila berinteraksi dengan remaja ADHD.

Secara keseluruhannya, ibu bapa dan pendidik harus mengingati bahawa kanak-kanak dan remaja ADHD memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan rutin. Rutin ini juga harus disesuaikan dengan umur, kematangan, keperluan dan keutamaan mereka, serta keperluan orang-orang di sekeliling mereka. Dengan mengujudkan rutin bagi mereka, anda dapat mengembangkan kemahiran mereka untuk menganjurkan dan menyusun hayat mereka sehingga ke peringkat dewasa. 

Anda juga akan sukai

Terapi dan Aktiviti untuk Pengurusan ADHD Pengasuhan Anak Berkeperluan Khas Menyokong Anak ADHD Saya Dengan Kasih Sayang

Unlocking ADHD

SUMBER RUJUKAN

  • Tentang Kami
  • ADHD 101
  • Sukarelawan bersama Unlocking ADHD
  • Menyumbang kepada Unlocking ADHD
  • Hubungi Kami
  • Kumpulan sokongan (bermediumkan Bahasa Inggeris)

IKUTI KAMI


(Bahasa Inggeris)

Hak Cipta © 2023 · Unlocking ADHD Ltd. Hak cipta terpelihara.
Unlocking ADHD Ltd tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan. Maklumat di laman web ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja.

We use cookies on our website to give you the most relevant experience by remembering your preferences and repeat visits. By clicking “Accept All”, you consent to the use of ALL the cookies. However, you may visit "Cookie Settings" to provide a controlled consent.
Cookie SettingsAccept All
Manage consent

Privacy Overview

This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may affect your browsing experience.
SAVE & ACCEPT