Penulis Unlocking ADHD, Jnanee Krishnasamy dan Constance Thum, menjelaskan tentang bagaimana ADHD pada wanita dewasa dan mengapa ramai wanita cenderung untuk didiagnosis lewat. Artikel ini diterjemahkan oleh Syahmina Shafawi.
Wanita seringkali dipuji sebagai wira-wira setiap hari, atas sebab yang bagus. Ramai wanita yang menyesuaikan kerjaya mereka, di samping menguruskan rumah tangga dan anak-anak serta menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua.
Namun begitu, ia merupakan mitos bahawa wanita mampu mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan yang sempurna. Sebahagian daripada mereka menghadapi kesukaran untuk mengatur almari pakaian dan stokin, apatah lagi seisi rumah tangga. Yang lain pula terlupa tentang temu janji mereka setiap masa. Ramai yang memulakan tugas di tempat kerja, namun sering gagal untuk mengikutinya.
Wanita-wanita ini tertakluk kepada pelbagai jenis invektif – “otak burung”, “huru-hara”, “serabut”, “malas” atau bahkan “bodoh”. Mereka kerap dibandingkan dengan rakan sebaya mereka yang berprestasi lebih baik oleh saudara-mara, guru dan majikan yang (dikatakan) bermaksud baik. “Mengapa anda tidak lebih berusaha keras dan menjadi seperti rakan sebaya anda?!” akan sentiasa menjadi frasa yang diulang bertahun-tahun.
“Disalahfahamkan” ialah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan wanita-wanita ini. Ia mungkin kedengaran seperti alasan namun itulah yang berlaku. ADHD pada kanak-kanak perempuan sering disalah erti, terlepas dan salah didiagnosis oleh ahli psikologi. Akibatnya, gadis-gadis ini menghadapi pelbagai kesukaran yang berterusan sepanjang hidup mereka.
Artikel ini membincangkan simptom-simptom ADHD dalam wanita dewasa. Ia juga akan memberikan sedikit pencerahan tentang nasib wanita yang tidak didiagnosis. Anda mungkin membaca ini kerana anda merasakan bahawa anda atau orang tersayang mungkin tergolong. Sekiranya begitu, sebahagian daripada artikel ini (atau keseluruhannya) mungkin dapat memberi anda inspirasi.
Kriteria Diagnostik untuk ADHD
Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC), kanak-kanak lelaki adalah tiga kali lebih untuk didiagnosis berbanding kanak-kanak perempuan. Walau bagaimanapun, kanak-kanak perempuan juga mudah terdedah kepada ADHD seperti kanak-kanak lelaki. Meskipun kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada subjenis ADHD yang ‘hiperaktif’, kanak-kanak perempuan lebih cenderung kepada subjenis yang ‘kurang tumpuan’ (inattentive). ADHD seringkali didiagnosis lewat bagi wanita dewasa, satu sebab munasabah adalah wanita ADHD cenderung untuk menyimpan isu-isu mereka berbanding dengan lelaki-lelaki ADHD yang bertindak kurang baik dan menzahirkan isu-isu mereka.
Tanda-tanda ADHD yang wanita dewasa boleh ambil perhatian adalah:
- Perasaan yang membuak-buak dan terangsang yang berlebihan di luar kawalan
- Terlalu menumpukan pada sesuatu perkara seperti masa, wang, harta benda, dan sebagainya yang menghalang daripada matlamat jangka panjang dicapai
- Kekusutan
- Kesukaran dengan perincian dan penyusunan
- Berasa di luar kawalan dan tidak berdaya
- Pencapaian tidak seiring dengan kemampuan, bakat atau potensi
- Terlupa perkara remeh
- Tidak mampu untuk menjalani kehidupan yang tetap, biasa
- Sentiasa berasa tegang dan tidak mampu untuk bertenang
- Dianggap sebagai malas dan terganggu, and berasa tidak mencukupi
Kekeliruan: Masalah Kesihatan Mental Tahap Sekunder
Satu kajian 2017 melaporkan bahawa orang dewasa dengan ADHD adalah tiga kali lebih untuk mengalami major depressive disorder (MDD), enam kali lebih berkemungkinan untuk mengalami dysthymia, dan lebih daripada empat kali berkemungkinan untuk mengalami gangguan mood.
ADHD yang tidak didiagnosis adalah lebih berkemungkinan untuk menghadapi kegagalan yang berulang, kekecewaan dan kebimbangan. Menjelang dewasa, kebanyakan wanita yang tidak didiagnosis akan mengalami gangguan mood tahap sekunder (kemurungan, kebimbangan) yang seterusnya mengaburi ADHD. ADHD boleh melibatkan kekurangan tahap adrenalin. Kebimbangan merupakan mekanisme maladaptif. Mekanisme maladaptif yang berterusan menjadi teruk sehingga di luar kawalan.
Terlalu Sedikit, Terlalu Lambat: Diagnosis Yang Ditangguh
Sumber: Piyapong Thongcharoen di Dreamstime
Kebanyakan wanita yang tidak didiagnosis kerap kali bertemu ahli psikiatri apabila mereka menghadapi krisis. Kehilangan kerjaya, penceraian, tuduhan jenayah – akibat yang ironis yang perlu dibayar sehingga dewasa. Wanita-wanita ini telah mengatasi sehingga mereka tidak lagi mampu untuk melakukannya.
Gangguan psikiatri tahap sekunder seperti kebimbangan, kemurungan mudah dikenal pasti, namun ADHD yang tersembunyi seringkali terlepas pandang – sehingga ia dikenal pasti secara kebetulan, atau oleh ahli psikiatri yang benar memahami ADHD dalam wanita dewasa. Komordibiti dalam wanita ADHD, merujuk kepada kehadiran keadaan yang utama seperti ADHD dan satu atau lebih keadaan sekunder seperti kemurungan atau kebimbangan, boleh menambahkan gejala kurang perhatian, impulsif dan hiperaktif dalam wanita ADHD.
Kesengsaraan: Impak ADHD Yang Tidak Didiagnosis
Terdapat dapatan kesihatan fizikal dan mental yang serius untuk wanita ADHD yang tidak didiagnosis. Wanita yang tidak didiagnosis cenderung untuk memperoleh pendapatan yang lebih rendah berbanding rakan sebaya mereka dan berkemungkinan kurang mendapat pekerjaan yang stabil. Di samping itu, terdapat kemungkinan yang lebih tinggi untuk mereka menjadi penagih alcohol, mempunyai kehamilan tidak dirancang atau bahkan dipenjarakan. Dalam satu kajian, 23.5% wanita yang mengalami ADHD melaporkan bahawa mereka pernah mencuba untuk membunuh diri sebelum ini, berbanding 3.3% wanita tanpa ADHD.
Cahaya Menyinari: Memperjuangkan Lebih Banyak Penyelidikan
Sebuah diagnosis ADHD mungkin mengejutkan dan melegakan ramai wanita dewasa yang telah berjuang dalam diam sepanjang banyak tahun. Namun begitu, wanita-wanita ini mungkin mengimbau kembali kesukaran yang lalu dengan kesedihan dan tertanya-tanya sekiranya perkara ini boleh dielakkan. Siapa yang boleh menyalahkan mereka?
Terdapat keperluan yang segera untuk lebih banyak penyelidikan tentang ADHD. Dengan pengatahuan datang kemampuan untuk mengelakkan kehidupan yang rosak dan musnah, serta memberikan para gadis dan wanita yang tidak didiagnosis bantuan yang mereka perlukan untuk berjaya.
Tinggalkan Balasan